Worldwide Holdings-UPEN meterai perjanjian pasca penutupan 3 tapak lupus sanitari

PUCHONG, 28 OGOS: Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) memperbaharui Perjanjian Pasca Penutupan Tiga (3) Tapak Perlupusan Sanitari bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di Worldwide Landfills Park, Air Hitam.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemeteraian perjanjian itu dilaksanakan untuk tempoh penggal kedua pengambilalihan pengurusan tapak pembersihan sisa pepejal negeri sejak diuruskan Worldwide Holdings bermula 1995.

Beliau berkata, ia sekali gus menyaksikan Worldwide Holdings bertangungjawab sepenuhnya menguruskan fasiliti pembersihan pengumpulan sisa pepejal di tapak lokasi yang kini sudah dibangunkan sebagai kawasan riadah komuniti.

“Kerajaan Negeri yakin, pengalaman dan kejayaan hampir dua dekad Worldwide Holdings sebagai perintis dan penggiat utama sektor pengurusan alam sekitar di Malaysia mampu meneroka dan melaksanakan sistem pengurusan sisa pepejal di Selangor secara profesional dan efektif.

“Kerajaan Negeri juga berbangga dengan kejayaan Worldwide Holdings menukar guna Tapak Pelupusan Air Hitam Puchong ini kepada taman rekreasi dan riadah yang dinamakan Worldwide Landfills Park.

“Ini adalah bukti Selangor mampu melaksanakan sistem pelupusan sampah moden dan efektif serta tuntas memelihara persekitaran alam sekitar dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelenggaraan Pasca Penutupan 3 Tapak Perlupusan Sanitari, di sini pagi ini.

Worldwide Holdings diwakili Pengerusi, Dato’ Noordin Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Majlis pemeteraian turut disaksikan Exco Kerajaan Negeri, Ean Yong Hian Wah, Zaidy Abdul Talib, Dato’ Dr Ahmad Yunos Hairi dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangungan) Dato’ Nor Azmie Diron.

Sebelum ini, tapak Landfills Air Hitam Puchong dikenali sebagai kawasan perlupusan sampah oleh Kerajaan Negeri sejak 1995 menggantikan tapak perlupusan di Kelana Jaya yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Subang, sebelum ini.

Tapak sedia ada itu dipindahkan atas faktor pencemaran bau yang memerlukan lokasi kawasan pemindahan baru diperlukan demi kesejahteraan komuniti bandar.

Difahamkan, tapak itu sebelum ini menerima lebih 3,500 tan sampah setiap hari hasil kutipan melibatkan beberapa kawasan pihak berkuasa tempatan sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

Original article » https://selangorkini.my/2017/08/worldwide-holdings-upen-meterai-perjanjian-pasca-penutupan-3-tapak-lupus-sanitari/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *