Majlis Pelancaran Inisiatif Digitalisasi Industri Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara
Worldwide Holdings Berhad (WHB) telah dijemput menjadi salah seorang pempamer di Majlis Pelancaran Inisiatif Digitalisasi Industri Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara yang berlangsung di Dewan Kristal, KPKT pada pagi ini.
Pihak WHB berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT dan YBhg. Ir. Ts. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid, Ketua Pengarah JPSPN, ke reruai WHB sebelum majlis perasmian berlangsung.