Anugerah Bintang Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal bagi fasiliti Loji Rawat Air Larut Resap (LTP) di Ladang CEP

Worldwide Holdings Berhad (WHB) menerusi Bahagian Alam Sekitar telah menerima Anugerah Bintang Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal bagi fasiliti Loji Rawat Air Larut Resap (LTP) di Ladang CEP, Simpang Renggam, Johor pada 3hb Disember 2022 yang lalu.

Anugerah ini adalah sebagai tanda pengiktiran oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) kepada WHB yang telah mempamerkan prestasi cemerlang bagi pengurusan pengoperasian Loji Rawatan Air Larut Resap (LTP) di Ladang CEP, Simpang Renggam, Johor.

En Nor Haszma, Ketua Bahagian Operasi Tapak dan En Mohamad Fadzly, Jurutera Operasi mewakili Bahagian Alam Sekitar, Worldwide Holdings Berhad menerima anugerah tersebut di Malam Apresiasi Keluarga 3R sempena Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2022 anjuran oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *