Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Sebagai tanda komitmen Worldwide Holdings Berhad (WHB) dalam usaha membanteras jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah diadakan pada 12 Oktober 2022 bertempat di Dewan Teratai, Mercu Worldwide.
Lafaz bacaan Ikrar Bebas Rasuah diketuai oleh Tuan Haji Rosli Ismail, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, dan disaksikan oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya Tuan Ridzuan Abdul Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor.
  
Seramai 150 orang dari kalangan barisan pengurusan serta kakitangan WHB telah mengambil bahagian bagi menyatakan komitmen untuk bebas daripada sebarang bentuk gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
   
Manakala sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah juga telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rosli Ismail, mewakili seluruh warga kerja Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, dan disaksikan oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya Tuan Ridzuan Abdul Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor.
Majlis turut diisi dengan sesi perkongsian ceramah integriti oleh Penolong Pesuruhjaya Tuan Muhamad Firdaus Musa, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor, selain acara gimik tayangan montaj Ikrar Bebas Rasuah.
Ikuti kami di sosial media rasmi Bahagian Alam Sekitar, WHB untuk maklumat terkini kami dengan klik logo dibawah:

   

One Response to Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *