PENGOPERASIAN TPSS SELAMA 30 TAHUN

Menerusi keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN), pihak Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT) Bahagian Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah bersetuju untuk membenarkan Bahagian Alam Sekitar, Worldwide Holdings Berhad (WHB) menjalankan kerja-kerja menaik taraf Tapak Pelupusan Sungai Sabai (TPSS) sedia ada kepada tapak pelupusan sanitari kelas IV.
  
Oleh yang demikian, pihak WHB secara rasminya telah dilantik sebagai operator TPSS selama tempoh 30 tahun dengan kadar yuran tipping seperti yang telah dicadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Pihak WHB telah mula mengoperasi TPSS pada 16 Julai 2022 (Sabtu) yang lalu.
 
Sempena hari pertama pengoperasian tapak, Tuan Haji Rosli Ismail selaku Ketua Pegawai Operasi Bahagian Alam Sekitar turut hadir diiringi oleh En Haszma Mohd Hashim, Pengurus Operasi bagi projek tersebut bersama En Najmi Mohd Saifullah dan beberapa orang pegawai bertugas.
 Butiran lanjut mengenai TPSS boleh didapati melalui aplikasi pintar “roro” di Google Play Store.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *