KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR (MMKN): PELANJUTAN KONTRAK PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PASCA PENUTUPAN DI TAPAK PELUPUSAN SANITARI AIR HITAM DI PUCHONG, TAPAK PELUPUSAN SANITARI KUBANG BADAK DI BESTARI JAYA DAN TAPAK PELUPUSAN TERBUKA SUNGAI KEMBONG DI BERANANG, SELANGOR OLEH WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

Versi Bahasa Melayu

Pada 6 Disember 2023, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Ke-30/2023, yang telah disahkan oleh MMKN Ke-31/2023 pada 13 Disember 2023, telah memutuskan untuk melanjutkan kontrak perkhidmatan kerja-kerja penyelenggaraan pasca penutupan di beberapa tapak pelupusan utama di Selangor.

Worldwide Holdings Berhad telah diberi kelulusan untuk menyambung kontrak penyelenggaraan pasca penutupan di Tapak Pelupusan Sanitari Air Hitam di Puchong, Tapak Pelupusan Sanitari Kubang Sadak di Bestari Jaya, dan Tapak Pelupusan Terbuka Sungai Kembong di Beranang, Selangor. Kontrak tersebut berlaku selama tiga (3) tahun bermula dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026, dengan nilai keseluruhan kontrak sebanyak RM4,177,800.00.

Ini merupakan langkah yang penting dalam pemeliharaan tapak pelupusan yang kritikal bagi kesejahteraan dan keselamatan awam di Selangor. Kontrak ini akan memastikan penyelenggaraan yang berterusan dan berkualiti di tapak-tapak pelupusan tersebut untuk tempoh yang telah ditetapkan.

 

English Version

On 6th December 2023, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor No. 30/2023, endorsed by MMKN No. 31/2023 on December 13, 2023, has decided to extend the contract for post-closure maintenance services at several key disposal sites in Selangor.

Worldwide Holdings Berhad has been granted approval to continue the post-closure maintenance contract at the Air Hitam Sanitary Landfill in Puchong, the Kubang Sadak Sanitary Landfill in Bestari Jaya, and the Sungai Kembong Open Landfill in Beranang, Selangor. The contract will be valid for three (3) years, commencing from 1st January 2024 until 31st December 2026 with a total contract value of RM4,177,800.00.

This signifies a significant step in the maintenance of critical disposal sites for the well-being and public safety in Selangor. The contract ensures continuous and quality maintenance at these disposal sites for the designated period.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *