MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR (MMKN): KERJA-KERJA PENUTUPAN SELAMAT TAPAK PELUPUSAN SAMPAH HARAM KAMPUNG SUNGAI KANDIS, DAERAH KLANG

Versi Bahasa Melayu

Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN, telah memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Ke-24/2023 yang berlangsung pada 29 September 2023, disahkan oleh MMKN Ke-25/2023 pada 4 Oktober 2023 bagi Cadangan Pelaksanaan Kerja-Kerja Penutupan Selamat dan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pasca Penutupan Selamat di Tapak Pelupusan Sampah Haram Kampung Sungai Kandis, Daerah Klang untuk dilaksanakan oleh pihak WHB berdasarkan kepada perkara-perkara seperti berikut:

  • Worldwide Holdings Berhad (WHB) diminta untuk menjalankan kajian semula keperluan teknikal bagi kerja-kerja penutupan selamat tanpa menjejaskan keselamatan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM2.7 juta yang dicadangkan oleh MBSA.

 

  • Kerja-kerja penyelenggaraan pasca penutupan selamat akan ditanggung oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS). Oleh itu, JPS perlu menyediakan cadangan peruntukan untuk pertimbangan lanjut oleh Kerajaan Negeri, tertakluk kepada perbincangan dengan pihak WHB yang akan ditentukan kemudian.

 

  • Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN, akan membentangkan semula keputusan kepada Kerajaan Negeri berkaitan dengan perkara-perkara di atas.

 

Pada 3 Oktober 2023, satu rundingan telah diadakan antara pihak Worldwide Holdings Berhad (WHB), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS). Menurut keputusan MMKN, pihak WHB diminta untuk menyediakan maklumbalas mengenai kajian semula keperluan teknikal bagi kerja-kerja penutupan selamat dan mengemukakannya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) pada atau sebelum 3 November 2023 untuk tindakan lanjut.

 

English Version

The Local Authority Section, UPEN, has notified that the 24th/2023 State Government Meeting of Selangor (MMKN), held on September 29, 2023, was confirmed by the 25th/2023 MMKN on October 4, 2023, for the Proposed Implementation of Safe Closure Works and Post-Closure Maintenance Works at the Illegal Waste Disposal Site of Kampung Sungai Kandis, Klang District to be carried out by WHB based on the following matters:

  • Worldwide Holdings Berhad (WHB) is requested to conduct a technical review of the safe closure works without compromising safety with an estimated allocation of RM2.7 million proposed by MBSA.

 

  • The post-closure maintenance works will be undertaken by the Selangor State Department of Irrigation and Drainage (JPS). Therefore, JPS needs to prepare an allocation proposal for further consideration by the State Government, subject to discussions with WHB to be determined later.

 

  • The Local Authority Section, UPEN, will present the decisions regarding the above matters to the State Government.

 

On October 3, 2023, a meeting was held between Worldwide Holdings Berhad (WHB), Shah Alam City Council (MBSA), and the Selangor State Department of Irrigation and Drainage (JPS). According to MMKN’s decision, WHB is required to provide feedback on the technical review of safe closure works and submit it to the Selangor State Secretary’s Office (SUK) on or before November 3, 2023, for further action.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *